"Semoga Segala Usaha Akan Membuahkan Hasil Dan Pulangan Kepada Semua..InsyaAllah..Aamiin

Thursday, 7 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN ARASH ( PART 2 )

                    Kesinambungan ReUnion 9hb Jun 2012 ( seperti yang tercatat di PART 1 ) satu GROUP FB baru di lancarkan dengan nama ALUMNI SMRS/SMKRS BERUAS PERAK telah di ujudkan oleh Tuan Zam AlBeruasi dengan beberapa orang ahli penaja di lantik menjadi ADMIN di group tersebut bagi melicinkan misi dan visi PENAJA.

Di antara mereka yang tercalun menjadi ADMIN di FB ALUMNI
             
                    Se iring dengan Group FB juga,  AJK Majlis telah bermuafakat untuk menubuhkan AJK PENAJA Persatuan ALUMNI SMKRS. Dengan beberapa perbincangan di Muka Buku dan beberapa media sosial yang lain maka satu Mesyuarat Penaja di persetujui akan di adakan di Dewan SMKRS yang telah di luluskan oleh Pihak sekolah dan juga Persatuan PIBG SMKRS. Mesyuarat penaja berjalan lancar Dan di hadiri oleh ALUMNI yang ingin bersama Penaja ALUMNI dalam misi dan misi.


Antara Yang Hadir
                                         



               Dan mesyuarat AJK Penaja berjalan lancar dan pemilihan secara undian Majoriti telah di aambil. Di antara nama yang terpilih ada lah seperti di White Board. Maka bermula lah satu lagi era baru dalam melakar Penubuhan ARASH.





AJK Penaja ALUMNI


Sesi bergambor sebelum bersurai

                       Ahli demi ahli di kumpul dengan sabar . ALUMNI mula di canang dari mulut ke mulut. AJK Penaja mula menjalankan beberapa mesyuarat demi mesyuarat untuk "menghidupkan " ALUMNI tanpa mengenal jemu . Mengorbankan wang ringgit dan keringat dalam merealisasikan penubuhan ALUMNI SMKRS. Memang bukan mudah untuk melaksanakan kerja "volunteer" . Comittment kene tinggi. Mental dan fizikal kena kental. Walau apa jua rintangan melanda, AJK Penaja teruskan perjuangan. Walau di kritik , di tohmah dan di persendakan, namun semua itu di anggap cabaran untuk melaksanakan kebaikan. Rasulallah , kekasih Allah juga di kritik, di kecam malah di ancam untuk di bunuh oleh kaum nya sendiri demi menegakkan kebenaran. Ini kan pula insan biasa seperti AJK Penaja.

                    Pada tarikh 21hb Februari 2013  atas usaha gigih Presiden Penaja Tuan Hj. Halim Bin Muhammad dan Puan Bendahari Penaja Puan Ramlah @ Suriram Ram yang beberapa kali "memanjat " tangga Pejabat Pendaftaran Pertubuhan ( ROS ) di Ipoh, Maka dengan RASMI nya ALUMNI SMKRS di Daftar atas nama Persatuan Alumni Dan Guru SMK Raja Shahriman Beruas Perak dan singkatan nya "ARASH" ( sumber ilham Tuan Rosli Yacop , salah seorang alumni SMKRS ). Semoga usaha gigih mereka berdua mendapat "pulangan dan ganjaran" lumayan dari Allah SWT.


Sijil Lahir ARASH

                   Setelah Berdaftar nya "ARASH" maka perbincangan untuk mengadakan beberapa aktiviti bermula. Di mulakan dengan Perbincangan untuk mengadakan AGM ARASH yang pertama di ada kan di Chicken Hainan Restoren Ipoh.

                                                   Mesyuarat utk mengadakan AGM Pertama
             


                     Mesyuarat memutuskan bahawa AGM Pertama ARASH akan di adakan pada 29hb Mac 2014 bertempat di Hotel Casuarina Meru Raya Ipoh. Segala persiapan berjalan lancar. Keseluruhan Alhi bergabung tenaga dalam merealisasikan Mesuarat yeng penuh bermakna bagi Melantik AJK ARASH yang baru.

                                                                     Banner AGM
                    Cenderahati AGM


                                                 Menjamu Selera setelah Penat bermesyuarat








Hadiah Cabutan Bertuah









                      Maka keputusan Mesuarat dengan rasminya melantik AJK ARASH yang baru bagi mengekang dan menerajui Persatuan ALUMNI dan Guru SMK Raja Shahriman ke misi dan visi seterusnya.




                      SYABAS DAN TAHNIAH kepada AJK Induk ARASH yang terpilih...semoga usaha murni kalian akan di kenang hingga ke akhir zaman dan juga terpahat dalam lipatan sejarah SMKRS Khas nya dan Beruas Am nya. Persetankan segala Spekulasi, abaikan segala Tohmahan dan Senda.. ibarat kata pepatah " RUMAH  SIAP  PAHAT BERBUNYI "





                     Sesungguhnya ANDA SEKALIAN adalah yang terbaik dari mereka yang membuat spekulasi, tohmahan dan senda gurau. Selagi Kejujuran dan Amanah di pegang, teruskan Perjuangan wahai  " LORD of ALUMNI"

"TOGETHER WE MAKE THE DIFFERENCE"
                   

No comments:

Post a Comment