"Semoga Segala Usaha Akan Membuahkan Hasil Dan Pulangan Kepada Semua..InsyaAllah..Aamiin

Tuesday 19 August 2014

Majlis Raya 2014 Bersama ARASH

I'M COMING HOME.....

Assalammualaikum dan Salam Arash..


Maka pada 30hb Julai 2014, sekali lagi ARASH mencatat sejarah dengan mengadakan Jamuan Raya Bersama ARASH yang bertempat Di Dewan Utama SMK Raja Shahriman Beruas Perak. Majlis di hadiri dari lebih kurang 50 orang ALUMNI bersama ahli keluarga masing-masing dan juga Pengetua SMK Raja Shahriman En. Ahmad Roshidi B Ramley.

                                                                       


Upacara Majlis yang di kendalikan oleh Naib.Pengerusi ARASH , En. Zam Al-Beruasi selaku MC "Bidan Terjun"  



  Di mulakan dengan ucapan Oleh Pengerusi ARASH Tuan Haji.Abd.Halim Bin Muhammad . Beberapa Nasihat, Imbau kenangan silam di SMRS jua sedikit pesanan buat semua ALUMNI yang hadir telah di sampaikan oleh beliau dan seterus nya Bacaan  Doa oleh beliau sendiri      



 Ucapan Pengerusi di susuli oleh Pengetua  SMkRS En Ahmad Roshidi B Ramley dengan memberi penerangan seraba sedikit tentang kemajuan Penuntut SMkRS juga perkembangan semasa sekolah.






Majlis tambah bertuah dan terhibur kerana di sertai oleh salah seorang Penduduk ( Orang Lama ) lama Beruas, ia itu Bonda kepada Kakak Zaharatulaili Dan Norani Md Diah, Mak Cik Zainab Bt Saidin. Walaupun beliau di atas "wilcha" tapi Mak Cik tetap ceria dan sporting apabila di temubual. Terima Kasih Kak Laili kerana bawa bonda bertemu kami. N.Presiden ARASH, Zam Al-Beruasi sempat menemu bual Mak Cik dan rasa terharu apabila makcik telah menghalalkan buah rambutan yang pernah di ambil dari kebun nya oleh Zam dan Azman Hashim semasa zaman kanak-kanak . Kedengaran tawa hilai para hadirin dengan usikan Naib Presiden keatas Mak Cik....Sungguh nostalgic dan terharu.



Di Antara Wajah-wajah OTAI SMkRS
Zam Al-Beruasi : OTAI Masih Berbisaaa beb
Zam Al-Beruasi Jeles betui tengok abang2 teman ni rambut masih hitam berkilat...eeee
Razlan Baharin dont judge by the color of yr hair, hati mesti mau muda beb
Zam Al-Beruasi Ajer yew Yop////ate miker raya makan Kentuck je le ye Lan...
Razlan Baharin ishhh, teman buat lemang ala kukus dgn daging rendang yeop.....itu menu tetap ada. lepaih tuh ayor mata meleleh sbb terkenang masa jaman muda muda di Beruih dulu.
Razlan Baharin Yeop, kalu miker pegi beraya rumah cikgu Hasnul di Tmn Beruih jln Ulu Licin, kirim salam jer ler kat dia. Dia tuh anak sedara teman.
Man Ariffin Best jumpa member lama dah lebih 40 tahun x jumpa
Man Ariffin Buat lg reunion???????
Zaini Rejab apahal azini tu.....dulu2 kuat berlari..

Abdul Halim Muhammad Most of us from batch 1970/1971 to 1975/1976.
Abdul Halim Muhammad Lemang daripada Mokthar (anak Arwah Pak Razak bas sekolah Dendang)amat sedap,yang tinggi sekali tuu (n0mbor 3 dari kiri).
Zam Al-Beruasi Tu abg Mokhtar pak razak bas ke?..masyaAllah teman x cham....
Abdul Halim Muhammad Hang mana nak cam dahhhh........dikerumuni kupu kupu......
Zam Al-Beruasi Ahahahaha...aik,aikk..ketok dulang paku serpeh nampokk!
Abdul Halim Muhammad Dari kiri: Cikgu Azini KholidiIbrahim Samsudin(Gelong Perpuyu),Mokthar Abd Razak (Dendang), Ayob Stc (Kg.Bakar Bata), ME,Mdnasir Saidin (Pintu GerbangHalim Zahidin (Dendang), Vise President Zam Al-Beruasi (Jalan Sitiawan).
Maria Jamal Abg zam...demer lepeh mskan...tak payah basuh tangan...terus lap kat rambut..tu..rambut demer masih hitam..zat2 yg lekat kt tangan sumer lekat kt rambut...cer..try..tgok..lepeh nie rambut mike pun jd hitam bekilat ngalahkn demer..ha.lha..hi..
Abdul Halim Muhammad Tua dikepala takpe Zam Al-Beruasi,dihati evergreen muda selalu.
Ishak Saad goods



BORANG PENDAFTARAN

ARASH telah menerima seramai 27 orang ahli baru pada Majlis tersebut. Ini memberi signal kepada kita bahawa ARASH telah "di terima" oleh ALUMNI yang ingin bersama-sama berjuang . TERIMA KASIH ARASH ucapkan kepada yang telah mendaftar




Saya mengambil kesempatan ini, Bagi Pihak ARASH ingin merakamkan jutaan Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong ARASH , merencana dan bertungkus lumus dalam merealisasikan Sambutan Jamuan Raya Bersama ARASH..Moga tali silaturahim di antara kita akan berpanjangan dan bertambah erat. Semoga di tahun-tahun akan datang, kita di panjangkan Usia dan di Sihatkan tubuh badan oleh Allah S.W.T dapat bertemu lagi..InsyaAllah.

Dan Bagi Pihak ARASH juga saya ingin menyusun jari di atas kelemahan kami AJK dalam mengendalikan Persatuan...Segala teguran dan idea yang membina amat-amat kami perlukan. Siapa lah kami tanpa ANDA semua....Hingga Berjumpa lagi..Wassalam

Ke Ulu Licin mencari terap,
Terap di jual di pekan Lambor,
Andai terdapat salah dan silap,
Kami AJK sedia di tegor.