"Semoga Segala Usaha Akan Membuahkan Hasil Dan Pulangan Kepada Semua..InsyaAllah..Aamiin

Friday 15 May 2015

BIODATA PENAUNG "ARASH"

Jom Kenali Penaung ARASH Yang Di Hormati TOH SERI BIJAYA Lt.KOL(B) DATO SHAHARUDIN BIN HAJI NAZARI ( DPMP, PMP, KAT, AMP, PJM  ) Orang Besar Jajahan Hulu Perak Darul Ridzuan




YDH Dato Seri Bijaya bersama Datin Dayang Maimunah Isteri beliau

                       Dilahirkan pada tanggal 11 Mac 1961 di Batu 7, Lekir, Setiawan, Perak. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tg. Belanja, Parit, Perak. Beliau kemudian meneruskan pendidikan menengah di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas, Perak dan Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang sehingga tingkatan 5 sebelum berpindah ke sekolah menengah Anglo Chinese School, Setiawan pada tahun 1980 &1981.

                      Pada 2 Februari 1981, beliau telah memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Dan ditauliahkan ke Kor Rejimen Askar Jurutera DiRaja pada 21 November 1981 sebagai Leftenen Muda. Pada awal perkhidmatan, beliau telah ditugaskan ke 7 Skuadron Jurutera, Kluang, Johor dan disini bermulalah usia perkhidmatan sebagai pegawai muda tentera darat. Sebagai pegawai muda beliau telah ditugaskan ke kawasan operasi di Gerik, Kroh dan sempadan Negeri Malaysia/Thailand bagi operasi pemusnahan jerangkap samar komunis bersama tentera negara jiran. Pada tahun 1985 beliau dan pasukan 7 Skuadron Jurutera telah berpindah ke Sarawak bagi mengambil alih tugas Operasi Jala Aman, bagi menentang pengganas komunis dinegeri tersebut.



                     Beliau berkhidmat di Sarawak sehingga tahun 1987 dan kembali bertugas di Kelantan dan seterusnya dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1992, beliau telah kembali semula ke Sarawak dan dipertanggungjawabkan memerintah Pasukan 3 Skuadron Jurutera dan dinaikkan ke pangkat Mejar. Beliau kembali ke Kuala Lumpur pada tahun 1997 untuk menghadiri kursus Maktab Turus Angkatan Tentera dan dianugerahkan panggilan "PSC" digunakan.


                    Beliau juga telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Strategi dan Pertahanan. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat kepada Leftenen Kolonel serta menjawat jawatan sebagai Juruiring Sultan Perak (ADC) pada 1 November 2003. Pada 1 April 2008 beliau telah dilantik sebagai Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak. Demi menumpukan sepenuh masa jawatan yang disandang beliau telah memohon untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 1 Ogos 2008 setelah berkhidmat lebih 28 tahun didalam ATM.


                  Pada tanggal 1 October 2008, diatas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, beliau telah dilantik Orang Besar Tiga Puloh Dua Perak dengan gelaran Yang Dihormati Toh Bahtera DiRaja. Sehubungan perlantikan tersebut, beliau menumpukan sepenuhnya perkhidmatan kepada urusan protokol di Istana dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 1 January 2010, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Orang Besar Enam Belas (16) dengan gelaran Yang Dihormati Toh Seri Bijaya. Pada 1 Februari 2011 beliau dilantik sebagai Orang Besar Jajahan (OBJ) Hulu Perak iaitu sebagai wakil Sultan Perak didaerah Hulu Perak yang mengandungi Daerah kecil Lenggong, Gerik Dan Pengkalan Hulu. Pada 1 Januari 2012 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada 3 Julai 2013 beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Perak (ADN) oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

                Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 84 tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Antara darjah dan pingat yang diterima oleh beliau sepanjang perkhidmatan adalah Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Mahkota Perak (AMP), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

                                                  Gambar Hiasan

              Beliau telah berumah tangga dengan Datin Dayang Maimunah binti Awang Daud dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Datin Dayang Maimunah adalah bekas Penyelia Kewangan di Ibu Pejabat Pos Ipoh, Perak dan kini menumpukan sepenuh masa sebagai suri rumah tangga.

              


              Dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau adalah seorang yang aktif, mudah di dekati, suka bergurau dan amat prihatin kepada masyarakat di bawahbpemantauan beliau.








              Dalam kesibukan , beliau tidak pernah melupakan  Akhirat. Beliau sering bersama para Jemaah dalam memartabatkan Islam di mata masyarakat khas nya dan dunia am nya


Bersama Al-Fadhil Sheikh Nuruddin Al-Banjari





                       YDH juga amat aktif di bidang sukan, terutama nya Golf , sebagai permainan yang di minati semasa bersantai dan berkelapangan..



Terus berusaha. Dont give up golf. Give up the trees..



 Sempat Berselfie


Demikian lah serba ringkas berkenaan Biodata Dato` Penaung ARASH. Semoga Dato` dan Datin isteri serta keluarga di Rahmati dan di Pelihara Allah sentiasa... Aamiin





Terima Kasih Dato`

Credit to : Effa Rizal

No comments:

Post a Comment