SMK RAJA SHAHRIMAN
May 23, 2013
NAMA SEKOLAH DAH SEJARAH ASAL : SRK GANGGA & SMKRS
Nama SMK Raja Shahriman bukanlah nama asal sekolah ini. Ia wujud setelah beberapa detik sejarah perkembangannya dari pering-kat sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah rendah hinggalah seterusnya menjadi SMK. Raja Shahriman sebagaimana yang di-kenali pada hari ini.
Sekolah Kebangsaan Gangga, Beruas yang ada pada hari ini telah diasaskan pada awal tahun 1954 yang diberi nama Government English Class Beruas. Kemudian bertukar kepada SRJK (I) Beruas dan pada 20 Mei 1975 berkuat kuasa namanya menjadi SRK Gangga, Beruas kerana mengambil sempena nama kerajaan yang tertua di Perak di zaman dahulu iaitu Gangga Negara Beruas.
Percambahan pemikiran penduduk setempat telah menuntut agar perlunya ada sebuah sekolah Inggeris diwujudkan di Beruas memandangkan kedudukan Beruas yang jauh dari bandar besar. Selain itu kebanyakan sekolah di bandar sudah ada sekolah Inggeris. Tambahan pula pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris amat kuat pada masa itu.
Satu detik yang tak dapat di lupakan oleh penduduk Beruas, ia itu pada awal tahun 1954 sebuah badan dari majlis mukim beruas yang diberi nama masa itu “Beruas Mukim Council” telah ditubuhkan sebagai pengasas sekolah ini yang terdiri daripada:-
1. Mackintosh JP (Pengerusi)
2. Woo chiew fook
3. Chiew Biow Chuong
4. Han Kow Oon
5. Chiang Yoong Yat
6. Tan Thiong Ban
7. V.N Kathigamer
8. Abd. Manap B. Mad Saladin
9. Ahmad Pakri B. Ibrahim
10. Lee Yoke Khoon
Mereka di atas adalah sebagai asas tenaga penggerak serta mendapat kerjasama dan sokongan dari semua bangsa penduduk yang ada di Beruas. Badan ini berjaya mengumpul wang sebanyak RM 7000.00 dan diserahkan ke Jabatan Pelajaran Perak untuk perbelanjaan mendirikan sebuah bangunan sekolah Inggeris yang telah dirancang. Maka dapatlah satu bangunan papan dua bilik darjah didirikan. Tapaknya berhampiran Sekolah Kebangsaan Beruas pada hari ini (bangunan ini masih ada lagi tetapi telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Beruas ).
Pada tahun 1960,
sekolah ini telah menempa sejarahnya lagi iaitu telah diadakan pelajaran
menengah peringkat tingkatan satu. Kumpulan pertama ini telah
dipindahkan dari Sekolah Iskandar Shah, Parit (hanya murid-murid dari
Beruas sahaja). Pada awal tahun 1964, tingkatan empat pertama aliran
bahasa Inggeris telah diadakan. Kemudiannya pada Ogos 1968, sekolah
memengah telah dipindah-kan ke bangunan baru yang berasingan.
Pada tahun 1964 Guru Besarnya En. Francis Hoo Soi telah bertukar dan digantikan pula oleh En. Chung Shing Yee. Di sekolah ini juga telah dibuka Kelas Tingkatan 4 aliran Inggeris, menyebabkan sekolah ini telah menjadi lebih terkenal di Beruas. Pada tahun1965 dibuka pula Kelas Tingkatan 5. Sekolah ini telah dapat melahirkan murid-murid yang berkelulusan Senior Cambridge dan juga SPM sehingga 1968.
Pada bulan Ogos 1969 sampailah saat berpisah di antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua penuntut menengah dan guru-gurunya berpindah ke bangunan baru. Setelah sekolah ini siap dibina ia diberi nama Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas. En. Lim Pooh Toi dilantik menjadi Pengetua Sekolah Menengah Raja Shahriman dan en. Ong Boon Kooi dilantik menjadi guru besar sekolah rendah iaitu SRJK (I) Beruas sehingga Disember 1979. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan bijak di mana sekolah ini telah menjadi terkenal di Daerah Dinding (Manjung hari ini) di bidang pelajaran dan sukan.
Ahli Lembaga pengurus sekolah pada masa itu (1964 ) adalah :-
1. Mr. K. Kandiah
2. Mr. Chew Biow Chuon JP
3. Mr. Mat Arop Bin Hj Samad
4. Mr. B.P Morgan (Pengerusi)
5. Mr. V.N. Karthigamer PJK.JP
6. Mr. Ahmad Pakri Ibrahim
7. Mr. Chung Sheen Yee ( Bendahari )
Dalam tahun 1964, sekolah ini telah dapat menerbitkan sebuah majalah sekolah yang diberi nama “ GANGGA”.
Perkembangan murid bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1954 seramai 44 orang murid dan pada tahun 1971 telah meningkat kepada 455 org murid.
Mengikut keadaan zaman dan masa yang sentiasa berubah-ubah begitulah juga nama sekolah ini telah bertukar dari asalnya Government English Class Beruas
kepada SRJK (I) dan akhirnya pada 20 Mei 1979 bermulalah kuatkuasa namanya bertukar kepada SRK Gangga, Beruas.
Yang bertukar hanya namanya sahaja tetapi dari segi peralatan dan bangunan masih menggunakan yang lama.
Nama SMK Raja Shahriman bukanlah nama asal sekolah ini. Ia wujud setelah beberapa detik sejarah perkembangannya dari pering-kat sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah rendah hinggalah seterusnya menjadi SMK. Raja Shahriman sebagaimana yang di-kenali pada hari ini.
Sekolah Kebangsaan Gangga, Beruas yang ada pada hari ini telah diasaskan pada awal tahun 1954 yang diberi nama Government English Class Beruas. Kemudian bertukar kepada SRJK (I) Beruas dan pada 20 Mei 1975 berkuat kuasa namanya menjadi SRK Gangga, Beruas kerana mengambil sempena nama kerajaan yang tertua di Perak di zaman dahulu iaitu Gangga Negara Beruas.
Percambahan pemikiran penduduk setempat telah menuntut agar perlunya ada sebuah sekolah Inggeris diwujudkan di Beruas memandangkan kedudukan Beruas yang jauh dari bandar besar. Selain itu kebanyakan sekolah di bandar sudah ada sekolah Inggeris. Tambahan pula pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris amat kuat pada masa itu.
Satu detik yang tak dapat di lupakan oleh penduduk Beruas, ia itu pada awal tahun 1954 sebuah badan dari majlis mukim beruas yang diberi nama masa itu “Beruas Mukim Council” telah ditubuhkan sebagai pengasas sekolah ini yang terdiri daripada:-
1. Mackintosh JP (Pengerusi)
2. Woo chiew fook
3. Chiew Biow Chuong
4. Han Kow Oon
5. Chiang Yoong Yat
6. Tan Thiong Ban
7. V.N Kathigamer
8. Abd. Manap B. Mad Saladin
9. Ahmad Pakri B. Ibrahim
10. Lee Yoke Khoon
Mereka di atas adalah sebagai asas tenaga penggerak serta mendapat kerjasama dan sokongan dari semua bangsa penduduk yang ada di Beruas. Badan ini berjaya mengumpul wang sebanyak RM 7000.00 dan diserahkan ke Jabatan Pelajaran Perak untuk perbelanjaan mendirikan sebuah bangunan sekolah Inggeris yang telah dirancang. Maka dapatlah satu bangunan papan dua bilik darjah didirikan. Tapaknya berhampiran Sekolah Kebangsaan Beruas pada hari ini (bangunan ini masih ada lagi tetapi telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Beruas ).
Pada tahun (1954) itu juga bermulalah Satu Kelas Sekolah Inggeris (Government English
Class Beruas). Gurunya En. Abd Kadir B. Abd Latif TEVS. Kelas ini serta muridnya bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 1956 En. Abd Kadir telah bertukar dan digantikan oleh En. Thangarajah.
Tahun 1957 tiga kelas lagi telah ditambah termasuk kelas S.M.C. Pada tahun itu juga En. Thangarajah bertukar dan digantikan pula oleh En. Goon Cheng Ong.
Pada 26 April 1957 pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru tujuh bilik darjah dan empat buah rumah guru di atas kawasan tanah yang ada pada hari ini dan murid-murid mula belajar di bangunan yang baru. Jumlah murid telah bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu pihak kerajaan telah menambah lagi dua bilik darjah.
Pada 2 Julai 1960 sekolah ini telah dirasmikan oleh Engku Dato’ Seri Raja Shahriman Ibni Raja Abdul Hamid S.P.M.P., J.M.N P.J.K., Orang Kaya-Kaya Maha Kurnia Indra Diraja Orang Besar Jajahan Dinding (Manjung)..

Pada tahun 1961 di bangunan sekolah ini juga telah diadakan kelas menengah. Sebelum tahun itu belum ada sekolah menengah di Beruas. En. Francis Hoo Soi telah dilantik menjadi Guru Besar. Kelas menengah ini telah meningkat dan muridnya bertambah dari tahun ke tahun hingga ke peringkat LCE.
Pada tahun 1964 Guru Besarnya En. Francis Hoo Soi telah bertukar dan digantikan pula oleh En. Chung Shing Yee. Di sekolah ini juga telah dibuka Kelas Tingkatan 4 aliran Inggeris, menyebabkan sekolah ini telah menjadi lebih terkenal di Beruas. Pada tahun1965 dibuka pula Kelas Tingkatan 5. Sekolah ini telah dapat melahirkan murid-murid yang berkelulusan Senior Cambridge dan juga SPM sehingga 1968.
Pada bulan Ogos 1969 sampailah saat berpisah di antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua penuntut menengah dan guru-gurunya berpindah ke bangunan baru. Setelah sekolah ini siap dibina ia diberi nama Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas. En. Lim Pooh Toi dilantik menjadi Pengetua Sekolah Menengah Raja Shahriman dan en. Ong Boon Kooi dilantik menjadi guru besar sekolah rendah iaitu SRJK (I) Beruas sehingga Disember 1979. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan bijak di mana sekolah ini telah menjadi terkenal di Daerah Dinding (Manjung hari ini) di bidang pelajaran dan sukan.
Ahli Lembaga pengurus sekolah pada masa itu (1964 ) adalah :-
1. Mr. K. Kandiah
2. Mr. Chew Biow Chuon JP
3. Mr. Mat Arop Bin Hj Samad
4. Mr. B.P Morgan (Pengerusi)
5. Mr. V.N. Karthigamer PJK.JP
6. Mr. Ahmad Pakri Ibrahim
7. Mr. Chung Sheen Yee ( Bendahari )
Dalam tahun 1964, sekolah ini telah dapat menerbitkan sebuah majalah sekolah yang diberi nama “ GANGGA”.
Perkembangan murid bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1954 seramai 44 orang murid dan pada tahun 1971 telah meningkat kepada 455 org murid.
Mengikut keadaan zaman dan masa yang sentiasa berubah-ubah begitulah juga nama sekolah ini telah bertukar dari asalnya Government English Class Beruas
kepada SRJK (I) dan akhirnya pada 20 Mei 1979 bermulalah kuatkuasa namanya bertukar kepada SRK Gangga, Beruas.
Yang bertukar hanya namanya sahaja tetapi dari segi peralatan dan bangunan masih menggunakan yang lama.
- Maziah Ismail, Nkayy Ariffin, Redzuan Ab Rahman and 12 others like this.
- meningkatkn lg keberkesanan smrs..
- Kasmawati Joned kak Zaharatullaili Md Diah: pada penggamatan saya lah kan, penulis ni bawa bola dia ke sekolah, lepas tu bola dia di rampas oleh Principle nyaSo....bola nya di bawa jagaan Principle utk beberapa hari...
Sebab tu kita lihat dlm gambar tu ada bola tepi longkang berdepan dgn bilik Principle...See More
No comments:
Post a Comment