28 Fasal kesemuanya...nanti jgn cari pasai dh ler yer....
Selamat bersidang mike2 semua....
25 Disember 2012
Dewan Indera Wati Beruas
10.00 pagi
FASAL 1
NAMA
Nama persatuan ini
ialah PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA SHAHRIMAN BERUAS PERAK (
formally known as SEKOLAH MENENGAH RAJA SHAHRIMAN) dan selepas ini disebut
sebagai “PERSATUAN”.
FASAL 2
ALAMAT
BERDAFTAR/POS
(1)
Alamat berdaftar/posnya ialah:
c/o Smk Raja Shahriman Jalan Parit, 32700 Beruas
(2)
Alamat berdaftar/posnya tidak boleh diubah tanpa mendapat
kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3
TUJUAN-TUJUAN
Tujuan-tujuan alumni
ialah seperti berikut:-
(1)
Mengumpul bekas penuntut dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman bagi menyumbang kepada pembangunan sekolah
dari segi akademik dan kokurikulum serta aktiviti sekolah ke arah perkembangan
modal insan secara holistik.
(2)
Mengutip wang bagi menambah dana alumni dengan mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkenaan.
FASAL 4
KELAYAKAN
MENJADI AHLI
Keahlian adalah
terbuka kepada semua bekas penuntut dan guru Sekolah Menengah Raja Shahriman yang
berusia 18 tahun ke atas.
FASAL 5
PERMOHONAN MENJADI AHLI
(1)
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disertakan dengan borang permohonan
yang telah diisi dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung yang hendaklah
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Tertinggi
untuk diluluskan. Jawatankuasa Tertinggi boleh mengikut budibicaranya, menolak
sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(2)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas hendaklah, setelah membayar bayaran pendaftaran seperti yang ditentukan,
diterima menjadi ahli alumni dan berhaklah ia sebagai ahli.
FASAL 6
DAFTAR KEAHLIAN
Setiausaha Agung
hendaklah menyimpan Daftar Keahlian yang mengandungi butir-butir seperti
berikut:-
(1)
Nombor siri
(2)
Tarikh menjadi ahli
(3)
Nama penuh
(4)
Tarikh dan tempat beranak
(5)
Nombor kad pengenalan
(6)
Kerakyatan
(7)
Pekerjaan dan alamat bekerja
(8)
Alamat tinggal
(9)
Nombor telefon
FASAL 7
BAYARAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN
(1) Bayaran
pendaftaran adalah RM25.00 sahaja.
(2)
Selain dari bayaran pendaftaran, ahli adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
dana alumni.
(3)
Sumbangan khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
FASAL 8
KEBERHENTIAN
Ahli yang hendak
berhenti daripada menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua
minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung dan membayar segala hutangnya,
jika ada.
FASAL 9
PEMECATAN
(1)
Seseorang ahli pada pendapat Jawatankuasa Tertinggi tidak menurut sebarang
peraturan atau melakukan kesalahan tatatertib yang boleh merosakkan nama baik
alumni boleh diminta supaya berhenti daripada menjadi ahli pada bila-bila masa oleh
Jawatankuasa Tertinggi.
(2)
Seseorang ahli yang engkar berhenti daripada menjadi ahli sebagaimana yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi di dalam mesyuaratnya boleh dipecat
daripada menjadi ahli dengan satu notis pemecatan yang dikeluarkan ke atas ahli
tersebut. Notis itu hendaklah menyatakan sebab-sebab pemecatannya.
(3)
Seseorang ahli yang telah dipecatkan daripada menjadi ahli menurut fasal ini
boleh merayu kepada Mesyuarat Agung atas pemecatannya siapa akan memberi
keputusan yang muktamad.
(4)
Seseorang ahli yang telah dipecat tidak boleh diterima semula menjadi ahli
dalam tempoh satu tahun dari tarikh ia dipecatkan dari menjadi ahli.
Jawatankuasa Tertinggi boleh menimbangkan permohonan untuk menjadi ahli semula
dengan syarat-syarat yang akan ditentukan.
FASAL 10
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
(1)
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir
tahun kewangan, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Tertinggi tetapi tidak lewat daripada 31 Mac.
(2) kerja-kerja
Mesyuarat Agung Tahunan ialah seperti berikut:-
(a)
Menerima laporan Jawatankuasa Tertinggi berkenaan kerja-kerja alumni di dalam
tahun yang lalu.
(b)
Menerima laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang telah diaudit
bagi tahun yang lalu.
(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa
Tertinggi dan melantik Juruaudit untuk dua tahun yang akan datang.
(d)
Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(3) Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung
Tahunan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan untuk memberi
cadangan-cadangan yang hendak dibicarakan dan cadangan-cadangan untuk meminda
undang-undang hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap ahli
tidak lewat daripada 30 hari
sebelum tarikh yang
ditetapkan untuk bermesyuarat, dan pengumuman itu hendaklah ditunjukkan supaya
jelas kelihatan di alamat berdaftar alumni.
(4) Cadangan-cadangan untuk dirundingkan di
dalam mesyuarat hendaklah dihantar supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak
lewat 14 hari selepas penerimaan pengumuman mesyuarat.
(5) Setiausaha Agung hendaklah menghantar
kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 harisebelum diadakan mesyuarat satu agenda
termasuk salinan-salinan minit mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan
beserta dengan Penyata Kira-Kira alumni bagi tahun lalu yang telah diaudit.
Salinan surat-surat ini hendaklah senang diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli
dari alamat berdaftar alumni.
FASAL 11
KUORUM DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
(1)
Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ahli-ahli yang layak mengundi atau
dua kali ganda bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi, ikut mana yang kurang
ramai bilangannya hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.
(2) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah
jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu
hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi,
dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang alumni
dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.
FASAL 12
MESYUARAT AGUNG KHAS
(1)
Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan:-
(a)
Bila ada perkara-perkara yang perlu diputuskan dengan segera oleh Jawatankuasa
Tertinggi atau
(b)
Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli yang layak
mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
(2) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam satu tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
itu.
(3) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat
Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha Agung
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan
untuk bermesyuarat.
FASAL 13
KUORUM DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KHAS
Fasal 11 berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika
kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan bagi
Mesyuarat Agung Khas atas pemintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah
dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas
pemintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
FASAL 14
DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG
Setiausaha Agung
hendaklah menghantar kepada semua ahli salinan minit mesyuarat tiap-tiap
Mesyuarat Agung dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 15
JAWATANKUASA TERTINGGI
(1)
Senarai Jawatankuasa Tertinggi yang dinamakan pegawai-pegawai alumni adalah
seperti berikut:
Seorang Presiden
Seorang Timbalan
Presiden
Seorang Setiausaha
Agung
Seorang Penolong
Setiausaha
Seorang Bendahari
Kehormat
Seorang Penolong
Bendahari
5 orang Ahli
Jawatankuasa Biasa
(2)
Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong
dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli yang layak
mengundi didalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula.
(3)
Setiap ahli Jawatankuasa Tertinggi dan setiap pegawai yang menjalankan
tugas-tugas pemerintah hendaklah warganegara Malaysia. Ahli Jawatankuasa
Tertinggi dan pegawai yang bukan warganegara Malaysia dibolehkan memegang
jawatan dalam alumni dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pendaftar
Pertubuhan.
FASAL 16
FUNGSI JAWATANKUASA TERTINGGI
(1)
Tugas Jawatankuasa Tertinggi ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
alumni dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan alumni
dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.
Jawatankuasa Tertinggi seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan yang
bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa Tertinggi mestilah taat kepada keputusan
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Tertinggi hendaklah memberi laporannya berkenaan
kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung
Tahunan.
(2) Jawatankuasa Tertinggi hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga bulan dan 3 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberi kepada ahli-ahli. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada tiga orang ahli Jawatankuasa Tertinggi bersama-sama boleh memanggil
supaya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi hendaklah
hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.
(3)
Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Tertinggi tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan
sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Tertinggi.
(4)
Jika terdapat kekosongan atau perletakan jawatan di dalam Jawatankuasa
Tertinggi maka Jawatankuasa Tertinggi bolehlah memenuhkan kekosongan itu dengan
melantik mana-mana ahli-ahli untuk mengisikannya sehingga Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan.
(5)
Jawatankuasa Tertinggi boleh melantik kakitangan-kakitangan yang difikirkannya
mustahak. Ia boleh menggantungkannya atau melucutkan jawatan sebarang
kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar
menjalankan keputusan Jawatankuasa Tertinggi, atau sebab-sebab yang difikirkan
merosakkan nama baik alumni.
FASAL 17
BIDANG TUGAS PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN
(1)
Presiden, dalam masa jawatannya, hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat
Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus
dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah
diluluskan.
(2)
Timbalan Presiden hendaklah menolong Presiden menjalankan tugas-tugasnya dan
memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.
(3)
Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja-kerja alumni mengikut
undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung
dan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal
surat-menyurat dan menyimpan semua buku-buku dan kertas-kertas kecuali kira-kira
dan buku-buku kewangan.
(4)
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.
(5)
Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan alumni.
Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab diatas kebetulannya.
(6)
Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari Kehormat menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari Kehormat.
(7)
Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi biasa lain hendaklah menjalankan tugas-tugas
tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi.
FASAL 18
KEWANGAN
(1)
Tahun kewangan alumni hendaklah bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun.
(2)
Wang pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan alumni termasuklah pelaburan atau hasil daripada perniagaan yang
diluluskan oleh mesyuarat Agung, perbelanjaan pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan kakitangan tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh
digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman Mahkamah atau
dibahagikan sebagai bonus atau dividen kepada ahli-ahli.
(3) Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan
wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan dalam tempoh 7 hari ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa
Tertinggi. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama alumni.
(4)
Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira alumni
hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari Kehormat dan Setiausaha Agung
atau Presiden.
(5)
Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Presiden atau Timbalan
Presiden manakala perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 bagi sesuatu masa
tidak boleh dilakukan dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa
Tertinggi dan perbelanjaan yang lebih daripada RM100,000.00 bagi sesuatu masa
tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran daripada Mesyuarat Agung
terlebih dahulu.
(6)
Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan
kira-kira bagi setiap tahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan
diperiksa oleh juruaudit mengikut Fasal 19, dengan seberapa segera setelah
tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan, dan
salinan-salinannya hendaklah boleh diperolehi untuk makluman ahli dari alamat
berdaftar alumni.
FASAL 19
AUDIT
(1) Seorang yang bukannya pemegang jawatan
alumni boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai juruaudit. Ia
akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
(2)
Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira alumni bagi setahun, dan
membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Ia harus juga
dikehendaki bila-bila masa oleh Presiden memeriksa kira-kira alumni bagi
mana-mana masa di dalam tempoh jawatan ia dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Tertinggi.
FASAL 20
PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DI BAWAH
SEKSYEN 9(b) AKTA PERTUBUHAN , 1966
(1)
Tiga pegawai yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dan berusia lebih
daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi
maksud Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan, 1966.
(2) Mereka hendaklah memegang jawatan mereka
sehingga tempoh bagi mereka memegang jawatan berakhir di Mesyuarat Agung
Tahunan dua tahun akan datang dan layak dilantik semula.
(3)
Pegawai-pegawai yang dilantik dibawah undang-undang ini hendaklah mengurus
harta tetap alumni sebagaimana yang dikehendaki oleh Mesyuarat Agung tetapi
semua harta tetap alumni hendaklah didaftar atas nama alumni.
(4)
Mereka tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan
alumni dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh ahli-ahli
Mesyuarat Agung.
(5)
Seorang pegawai yang diperakukan boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana sakit, tidak siuman, tidak berada di
dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh
menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian,
perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang pegawai yang diperakukan
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh
Mesyuarat Agung Khas, yang diadakan untuk tujuan tersebut.
FASAL 21
JAWATANKUASA KECIL
Jawankuasa Tertinggi
adalah berkuasa melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil bagi menjalankan
urusan-urusan alumni yang mana difikirkan perlu dan berguna, dan menarik
daripada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil semua atau mana-mana kuasa-kuasa yang
diberi dan membatalkan semua perlantikan-perlantikan tertentu. Mana-mana
Jawatankuasa Kecil yang dilantik hendaklah, dalam menggunakan kuasa-kuasa yang
diberi patuh kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan dari masa ke
semasa oleh Jawatankuasa Tertinggi.
FASAL 22
PERATURAN-PERATURAN (REGULATIONS)
Peraturan-peraturan
(Regulations) boleh dibuat untuk perkara-perkara yang tertentu asalkan tidak
bertentangan dengan undang-undang ini. Sesuatu peraturan yang dibuat hendaklah
mendapat kelulusan dari Mesyuarat Agung sebelum ianya dikuatkuasakan.
FASAL 23
PENASIHAT/PENAUNG
Penasihat/Penaung
alumni boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung atas cadangan Jawatankuasa
Tertinggi.
FASAL 24
KEROSAKAN/PEMINDAHAN HARTA BENDA ALUMNI
(1)
Mana-mana ahli alumni memecah atau merosakkan mana-mana harta alumni hendaklah
membayar harga bagi membaiki atau mengganti harta itu, jika dipinta berbuat
demikian oleh Jawatankuasa Tertinggi.
(2)
Buku-buku, majalah-majalah, surat-surat khabar atau mana-mana harta alumni
tidak boleh dipindah daripada alumni dengan tidak ada kebenaran daripada
Jawatankuasa Tertinggi.
FASAL 25
LAPORAN TAHUNAN
Setiausaha Agung hendaklah menghantar laporan tahunan kepada
Pendaftar Pertubuhan dengan menggunakan borang yang ditentukan dalam
tempoh 60 hari setelah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada
Mesyuarat itu diadakan sekali pada setiap tahun kalendar.
FASAL 26
PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini
tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Pengubahan-pengubahan
dan pindaan-pindaan kepada undang-undang hanya boleh dikuatkuasa mulai tarikh
ianya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 27
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS
(1)
Mana-mana penuntut universiti atau kolej tidak boleh diterima menjadi ahli
kecuali telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Caunselor
universiti berkenaan.
(2)
Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966
tidaklah boleh diberi oleh alumni kepada mana-mana ahli.
(3)
Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam alumni, menjadi penasihat
atau pekerja alumni jika ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9(A) Akta
Pertubuhan, 1966.
(4)
Alumni tidak boleh membenarkan tempatnya sebagai tempat perjudian atau sebarang
kegiatan yang menyalahi undang-undang.
(5)
Alumni tidak akan melibatkan dirinya dalam pentadbiran sekolah samada secara
langsung atau tidak langsung.
(6)
Mereka yang masih belajar di mana-mana sekolah adalah dilarang daripada menjadi
ahli.
FASAL 28
PEMBUBARAN
(1)
Alumni ini boleh dibubar dengan sukarela berdasarkan satu usul yang tidak
kurang dari tiga per lima (3/5) dari jumlah keahlian yang layak mengundi di
dalam Mesyuarat Agung ahli-ahli yang dipanggil khas untuk tujuan tersebut.
(2)
Sekiranya alumni ini dibubar berdasarkan kehendak di atas, semua hutang dan
tanggungan alumni ini yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelas
sepenuhnya dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung ahli-ahli.
(3) Keputusan mengenai pembubaran seperti yang
tersebut di atas hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam
tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran.
semoga program ini berjaya...
ReplyDelete