...MOH Ghaye Ke-3 Di Kampong..!!
Assalammualaikum dan Salam ARASH n Good Day..Pada tanggal 17 Julai 2015 ( 1 syawal 1436 ) sekali lagi ARASH dengan kerjasama Zakaria Tumin serta rakan-rakan dan Pihak Sekolah telah mengadakan acara Raya Tahunan di Dewan Utama SMkRS. Majlis santai di kunjungi oleh ramai anak-anak rantau yang pulang raya ke Kampung dari semua bangsa yang pernah bersekolah di SMkRS
TAHNIAH DAN SYABAS HALIM dan ZAM.
Berbaju raya berwarna merah; Berpimpin tangan sambil berlengang; Kehadiran tetamu menambahkan meriah; Ibarat Sireh pulang ke gangang;
My friend ... from birth till death
Kenangan Bersama Allahyarham Hanif Wahab ( no 3 dari kiri ) Suami kepada Bendahari ARASH Puan Norhayati Wahab yang kembali keRahmatullah di Malam Raya Ke 2 - AL-FATIHAH |
With our beloved OBJ Penaung ARASH.. Unfortunately Beliau tak dapat Hadir kerana ada urusan di Istana..namun gambar beliau di abadikan di Dewan yang Bertuah ini
Early Birds
Ulu Licin Durians, MARVELOUS!! ...thank you Zakaria Tumin @ Pak Ya
Dah makan..Dapat hadiah Lagi ( Al Fatihah buat Arwah Hanif ) menurut bonda nya, Arwah bawa balek kerumah durian tersebut kerana teringat bonda yang yang sangat suka buah durian. Seorang anak yang tak pernah melupai bonda nya. Moga ganjaran Syurga Firdaus buat mu Adik. - Al-Fatihah
Self service - Belah Deghoyan
Tak Ketingalan, sumbangan duit raya kepada adik-adik oleh YB Dato` Manaf melalui Makcik Zainab bonda ARASH Blogger ( sudi datang buat kali kedua majlis Raya )
TERIMA KASIH BONDA ZAINAB
Pak Ya Tumin juga tak lepas peluang meraikan anak-anak dengan duit Raya - Semoga ALLAH murahkan rezeki Pak Ya. ( Tahun depan insyaAllah NOTE MERAH pulak - datang! jangan tak datang..!
( sampin Al-Beruasi terlondeh ke?? hihihi )
Opah Nab dengan cucu cicit nya..
Bersama YB DUN Pengkalan Baru Dato` Manaf dan artist terkenal SMkRS..chewahhh!
EMCEE Perak Mr. KT PILLAI wefie bersama ma'am n Sila Devi Fam
( TQ for coming and celebrate Raya with us ..! )
Tak mau Lepeh Peluang untuk Bergambo dengan ORANG LAMA BERUAS.. Mak Nab yang sporting.. SELAMAT HARI LAHIR MAK NAB- Semoga Sihat dan di panjangkan Usia MU- Aamiin
Sekali Pandang yang lelaki tu macam Ustz Kazim Elias..deme2 yang bergambo tu tak peghasan kot ..hihihi..
Anak Mithali..tak akan kemana mana tanpa Bonda Tersayang ( nak balek dah komer..babaii.. )
Sebahagian dari Photo yang dapat di Uploadkan ke Blog Kali ini..Semoga di Majlis Raya Tahun Hadapan kita akan bertemu lagi , INSYAALLAH...Buat semua hadirin, segala kekurangan Majlis dan kesilapan tutur bicara urusetia Majlis haraf di maafkan. Semoga Tali Silaturahim kita ALUMNI berkekalan hingga ke Janah - Aamiin
Tali baldu pengikat peti;
Pelita cemeni di tengah lobi;
Selagi ada rindu di hati;
Kita pasti bertemu lagi;