"Semoga Segala Usaha Akan Membuahkan Hasil Dan Pulangan Kepada Semua..InsyaAllah..Aamiin

Friday 15 May 2015

BIODATA PENAUNG "ARASH"

Jom Kenali Penaung ARASH Yang Di Hormati TOH SERI BIJAYA Lt.KOL(B) DATO SHAHARUDIN BIN HAJI NAZARI ( DPMP, PMP, KAT, AMP, PJM  ) Orang Besar Jajahan Hulu Perak Darul Ridzuan




YDH Dato Seri Bijaya bersama Datin Dayang Maimunah Isteri beliau

                       Dilahirkan pada tanggal 11 Mac 1961 di Batu 7, Lekir, Setiawan, Perak. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tg. Belanja, Parit, Perak. Beliau kemudian meneruskan pendidikan menengah di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas, Perak dan Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang sehingga tingkatan 5 sebelum berpindah ke sekolah menengah Anglo Chinese School, Setiawan pada tahun 1980 &1981.

                      Pada 2 Februari 1981, beliau telah memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Dan ditauliahkan ke Kor Rejimen Askar Jurutera DiRaja pada 21 November 1981 sebagai Leftenen Muda. Pada awal perkhidmatan, beliau telah ditugaskan ke 7 Skuadron Jurutera, Kluang, Johor dan disini bermulalah usia perkhidmatan sebagai pegawai muda tentera darat. Sebagai pegawai muda beliau telah ditugaskan ke kawasan operasi di Gerik, Kroh dan sempadan Negeri Malaysia/Thailand bagi operasi pemusnahan jerangkap samar komunis bersama tentera negara jiran. Pada tahun 1985 beliau dan pasukan 7 Skuadron Jurutera telah berpindah ke Sarawak bagi mengambil alih tugas Operasi Jala Aman, bagi menentang pengganas komunis dinegeri tersebut.



                     Beliau berkhidmat di Sarawak sehingga tahun 1987 dan kembali bertugas di Kelantan dan seterusnya dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1992, beliau telah kembali semula ke Sarawak dan dipertanggungjawabkan memerintah Pasukan 3 Skuadron Jurutera dan dinaikkan ke pangkat Mejar. Beliau kembali ke Kuala Lumpur pada tahun 1997 untuk menghadiri kursus Maktab Turus Angkatan Tentera dan dianugerahkan panggilan "PSC" digunakan.


                    Beliau juga telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Strategi dan Pertahanan. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat kepada Leftenen Kolonel serta menjawat jawatan sebagai Juruiring Sultan Perak (ADC) pada 1 November 2003. Pada 1 April 2008 beliau telah dilantik sebagai Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak. Demi menumpukan sepenuh masa jawatan yang disandang beliau telah memohon untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 1 Ogos 2008 setelah berkhidmat lebih 28 tahun didalam ATM.


                  Pada tanggal 1 October 2008, diatas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, beliau telah dilantik Orang Besar Tiga Puloh Dua Perak dengan gelaran Yang Dihormati Toh Bahtera DiRaja. Sehubungan perlantikan tersebut, beliau menumpukan sepenuhnya perkhidmatan kepada urusan protokol di Istana dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 1 January 2010, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Orang Besar Enam Belas (16) dengan gelaran Yang Dihormati Toh Seri Bijaya. Pada 1 Februari 2011 beliau dilantik sebagai Orang Besar Jajahan (OBJ) Hulu Perak iaitu sebagai wakil Sultan Perak didaerah Hulu Perak yang mengandungi Daerah kecil Lenggong, Gerik Dan Pengkalan Hulu. Pada 1 Januari 2012 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Pada 3 Julai 2013 beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Perak (ADN) oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

                Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 84 tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Antara darjah dan pingat yang diterima oleh beliau sepanjang perkhidmatan adalah Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Mahkota Perak (AMP), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

                                                  Gambar Hiasan

              Beliau telah berumah tangga dengan Datin Dayang Maimunah binti Awang Daud dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Datin Dayang Maimunah adalah bekas Penyelia Kewangan di Ibu Pejabat Pos Ipoh, Perak dan kini menumpukan sepenuh masa sebagai suri rumah tangga.

              


              Dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau adalah seorang yang aktif, mudah di dekati, suka bergurau dan amat prihatin kepada masyarakat di bawahbpemantauan beliau.








              Dalam kesibukan , beliau tidak pernah melupakan  Akhirat. Beliau sering bersama para Jemaah dalam memartabatkan Islam di mata masyarakat khas nya dan dunia am nya


Bersama Al-Fadhil Sheikh Nuruddin Al-Banjari





                       YDH juga amat aktif di bidang sukan, terutama nya Golf , sebagai permainan yang di minati semasa bersantai dan berkelapangan..



Terus berusaha. Dont give up golf. Give up the trees..



 Sempat Berselfie


Demikian lah serba ringkas berkenaan Biodata Dato` Penaung ARASH. Semoga Dato` dan Datin isteri serta keluarga di Rahmati dan di Pelihara Allah sentiasa... Aamiin





Terima Kasih Dato`

Credit to : Effa Rizal

Thursday 7 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN ARASH ( PART 2 )

                    Kesinambungan ReUnion 9hb Jun 2012 ( seperti yang tercatat di PART 1 ) satu GROUP FB baru di lancarkan dengan nama ALUMNI SMRS/SMKRS BERUAS PERAK telah di ujudkan oleh Tuan Zam AlBeruasi dengan beberapa orang ahli penaja di lantik menjadi ADMIN di group tersebut bagi melicinkan misi dan visi PENAJA.

Di antara mereka yang tercalun menjadi ADMIN di FB ALUMNI
             
                    Se iring dengan Group FB juga,  AJK Majlis telah bermuafakat untuk menubuhkan AJK PENAJA Persatuan ALUMNI SMKRS. Dengan beberapa perbincangan di Muka Buku dan beberapa media sosial yang lain maka satu Mesyuarat Penaja di persetujui akan di adakan di Dewan SMKRS yang telah di luluskan oleh Pihak sekolah dan juga Persatuan PIBG SMKRS. Mesyuarat penaja berjalan lancar Dan di hadiri oleh ALUMNI yang ingin bersama Penaja ALUMNI dalam misi dan misi.


Antara Yang Hadir
                                         



               Dan mesyuarat AJK Penaja berjalan lancar dan pemilihan secara undian Majoriti telah di aambil. Di antara nama yang terpilih ada lah seperti di White Board. Maka bermula lah satu lagi era baru dalam melakar Penubuhan ARASH.





AJK Penaja ALUMNI


Sesi bergambor sebelum bersurai

                       Ahli demi ahli di kumpul dengan sabar . ALUMNI mula di canang dari mulut ke mulut. AJK Penaja mula menjalankan beberapa mesyuarat demi mesyuarat untuk "menghidupkan " ALUMNI tanpa mengenal jemu . Mengorbankan wang ringgit dan keringat dalam merealisasikan penubuhan ALUMNI SMKRS. Memang bukan mudah untuk melaksanakan kerja "volunteer" . Comittment kene tinggi. Mental dan fizikal kena kental. Walau apa jua rintangan melanda, AJK Penaja teruskan perjuangan. Walau di kritik , di tohmah dan di persendakan, namun semua itu di anggap cabaran untuk melaksanakan kebaikan. Rasulallah , kekasih Allah juga di kritik, di kecam malah di ancam untuk di bunuh oleh kaum nya sendiri demi menegakkan kebenaran. Ini kan pula insan biasa seperti AJK Penaja.

                    Pada tarikh 21hb Februari 2013  atas usaha gigih Presiden Penaja Tuan Hj. Halim Bin Muhammad dan Puan Bendahari Penaja Puan Ramlah @ Suriram Ram yang beberapa kali "memanjat " tangga Pejabat Pendaftaran Pertubuhan ( ROS ) di Ipoh, Maka dengan RASMI nya ALUMNI SMKRS di Daftar atas nama Persatuan Alumni Dan Guru SMK Raja Shahriman Beruas Perak dan singkatan nya "ARASH" ( sumber ilham Tuan Rosli Yacop , salah seorang alumni SMKRS ). Semoga usaha gigih mereka berdua mendapat "pulangan dan ganjaran" lumayan dari Allah SWT.


Sijil Lahir ARASH

                   Setelah Berdaftar nya "ARASH" maka perbincangan untuk mengadakan beberapa aktiviti bermula. Di mulakan dengan Perbincangan untuk mengadakan AGM ARASH yang pertama di ada kan di Chicken Hainan Restoren Ipoh.

                                                   Mesyuarat utk mengadakan AGM Pertama
             


                     Mesyuarat memutuskan bahawa AGM Pertama ARASH akan di adakan pada 29hb Mac 2014 bertempat di Hotel Casuarina Meru Raya Ipoh. Segala persiapan berjalan lancar. Keseluruhan Alhi bergabung tenaga dalam merealisasikan Mesuarat yeng penuh bermakna bagi Melantik AJK ARASH yang baru.

                                                                     Banner AGM
                    Cenderahati AGM


                                                 Menjamu Selera setelah Penat bermesyuarat








Hadiah Cabutan Bertuah









                      Maka keputusan Mesuarat dengan rasminya melantik AJK ARASH yang baru bagi mengekang dan menerajui Persatuan ALUMNI dan Guru SMK Raja Shahriman ke misi dan visi seterusnya.




                      SYABAS DAN TAHNIAH kepada AJK Induk ARASH yang terpilih...semoga usaha murni kalian akan di kenang hingga ke akhir zaman dan juga terpahat dalam lipatan sejarah SMKRS Khas nya dan Beruas Am nya. Persetankan segala Spekulasi, abaikan segala Tohmahan dan Senda.. ibarat kata pepatah " RUMAH  SIAP  PAHAT BERBUNYI "





                     Sesungguhnya ANDA SEKALIAN adalah yang terbaik dari mereka yang membuat spekulasi, tohmahan dan senda gurau. Selagi Kejujuran dan Amanah di pegang, teruskan Perjuangan wahai  " LORD of ALUMNI"

"TOGETHER WE MAKE THE DIFFERENCE"
                   

Wednesday 6 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN ARASH ( PART 1 )

        ESTABLISHING ROOTS


 Bermula di suatu malam yang hening...Jeng! Jengg! Jenggggg!
 Maka berbicara di FB di antara Dua insan yang terpisah hampir 38 tahun.
Salah seorang dari mereka berdua tidak mengenali dengan siapa dia berbicara.
 Di antara dialog nya berbunyi ( tak de bunyi sebenor nye ):

MALAM PERTAMA :

Abdul Halim Muhammad :  Assalammualaikum. Kamu ni zamri anak yacop bilei yang duduk di jalan                                                                                        di jalan sitiawan tu kan.?

Zam AlBeruasi                  : Waalaikummussalam Tuan. Ye saya. Siapa Tuan ? maaf gambo kecik    
                                             bebeno. Tak peghasan teman

Abdul Halim Muhammad  : Kakak kamu nama Norehan kan?

Zam AlBeruasi                   : Ye Saya Tuan. Tuan ni sapa ye ?

Abdul Halim Muhammd    : Kamu tentu tak kenei aku. Kamu selalu lepak di geghotak tok yakop
                                              dulu. Komer laghi bile nampak aku.

Zam AlBeruasi                   : ( sambil garu kepala yang tak gatei ) ye saya Tuan. Ok lah, maafkan saya
                                              nanti kita sambung lagi insyaAllah. Saya ada keroje. Assalammualaikum

Abdul Halim Muhammad  : Wkumsalam.

            Begitu lah saban malam perbualan berlaku. Dan akhir nya Zam AlBeruasi "ADD FRIEND" Abdul Halim Muhammad lalu beliau mula mencari jawapan kepada dengan siapa dia berbual , sehingga suatu malam " Request friend accepted oleh Abdul Halim Muhammad.

           Alangkah terkejut nya Zam AlBeruasi apa bila gambr yang di tatapi nya insan yang lebih di kenali dengan " HALIM MAT HARUN " di kalangan penduduk Beruas. Lalu satu malam yang lain :

MALAM NTAH YANG KE BERAPA NTAH :

Zam AlBeruasi                  : Assalammualaikum Bang Halim.

Abdul Halim Muhammad  : Waalaikummussalam. Kamu dah kenei aku ke ?

Zam AlBeruasi                  : Maafkan saya bang Halim. Memang tak terlinteh di kepala ni, miker
                                            ni abg Halim Mat Harun. Abdul Halim Muhammad tu memeng teman
                                            tak kenei sapa. Tapi kalo sebut Halim Mat Harun sape tak kenei..hihi

Abdul Halim Muhammad : Kamu mesti ingat aku dah mati kan.

Zam AlBeruasi                  : Astaghfirullah. Saya keluor dari Beruas taun 79 bang. Perkabaran yang
                                             saya dengo tentang Beruas tu macam-macam. Saya tak ambil tahu sangat
                                             semua tu. Tapi apa yang saya dengo macam tu lah. Bang maafkan saya.

Abdul Halim Muhamad    : ( menyingkap kisah lama dengan panjang lebor )@#@$%^$#@$..!

Zam AlBeruasi                  : Alhamdulillah Bang. Syukur lah kalau macam tu. Mudahan abang di beri
                                            kekuatan dan hidayah yang berpanjangan. Saya didik diri saya supaya jadi
                                            orang yang rasional dan sentiasa positif bang. Yang dah berlalu biarlah
                                            berlalu. Jadikan ikhtibar dan penguat semangat.

Abdul Halim Muhammad  : Zam..aku tengok kamu ni agak aktif di FB. Aku nak mintak tolong kamu
                                             kumpulkan oghang-oghang Beruas. Aku nak jumpe deme , nak mintak
                                             maaf . Banyak salah dan silap aku pada deme. Tolong aku ye :-(

Zam AlBeruasi                  : Bang, mintak maap. Bendang dah tak de sekarang ni saya dengo.

Abdul Halim Muhammad  : apa yang kamu meghepek ni zamri ?

Zam AlBeruasi                  : Ate, abg kata nak mintak maap kat oghang-oghang Berueh. Oghang-
                                             oghang ni selalu ada di Bendang je..hahahahahaha . Sori bang, lawak
                                             bodow jap. Saya faham bang. InsyaAllah, saya tak janji, tapi saya akan
                                             cube usahakan.

Abdul Halim Muhammad  : hahahahahaha..hantu kamu Zam. Kamu pekena kan aku ye. OK Zam,
                                             terime kasih. Moga usaha kamu berjaya. Aku ni rasa bersalah bebeno.
                                             aku nak cuba cuci nama aku ni. Aku dah tobat insyaAllah.

Zam AlBeruasi                  :  Cuci nama gune sabun cap kapak je bang,...hahahahaha :P. Ok
                                              la bang, teman permisi dulu. Melekat-lekat dah mata ni. Taik mate
                                              dah berselepat keluor ni... dah pagi. Assalammualaikum

Abdul Halim Muhammad  : Terima kasih Zam..aku percaya pada kamu..Waalaikummussalam.

ORANG-ORANG..hihihihi

ESTABLISHING ALUMNI SM RAJA SHAHRIMAN



 Maka dengan itu, tercetus satu cabaran baru bagi Zam AlBeruasi untuk mengumpulkan "orang-orang" Beruas especially ALUMNI SMRS. Maka berbagai cara bermain di kepala.
Strategi demi strategi cuba di buat tetapi gagal.

Hingga sampai di satu masa Zam AlBeruasi menyatakan hasrat Di Grup FB BRUAS untuk mengadaan ReUnion.
Alhamdulillah, respon yang di beri oleh ahli Grup FB BERUAS amat positif.
Dengan perbincangan dengan beberapa orang Ahli Grup maka...........


Pada Mac 2012,sebuah kumpulan yang aktif didalam laman sosial mengunakan nama BRUAS [ www. Facebook.com/group/BRUAS ]  berbincang untuk mengadakan perjumpaan yang dinamakan  BRUASSIAN & EX SMRS RE-UNION.

Dengan muafakat beberapa orang yang aktif di grup, dana dan ahli dapat di kumpulkan berserta sponsor dari individu yang prihatin.


   Maka pada tarikh 9 Jun 2012 Program dijalankan , bermula pada pukul 2.00 petang hingga 7.00 petang dengan berkonsepkan "SANTAI"  sambil berbual bual sesama peserta yang diadakan di Ritzs Garden Hotel,Ipoh.

Majoriti peserta yang hadir adalah dibesarkan dan bersekolah di Sekolah Menengah Raja Shahriman yang terletak di sebuah pekan kecil bernama BERUAS dalam daerah Manjung,Perak.
Kebanyakan peserta terdiri daripada mereka yang telah mencapai usia 50an dan dari perbagai kerjaya, ada yang berkhidmat dengan kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Sektor Swasta, Berniaga sendiri,dan ada juga Suri Rumah sepenuh masa.


                     Perjumpaan yang julung kali diadakan ini telah dihadiri dari perbagai kaum utama di Malaysia,iaitu Melayu,Cina,India,yang membawa maksud 1 Malaysia (ngee..! ) yang diwar warkan oleh Perdana Menteri kita, berpandukan kerjasama erat diantara kaum telah bermula sejak di tahun tahun terdahulu.

                    Disamping itu,seorang peserta telah diraikan oleh rakan rakan yang bersama sama membesar dan bersekolah di SMRS Beruas di sekitar tahun 70an kerana beliau telah di anugerah Pingat DPMP yang membawa gelaran Dato’oleh Sultan Perak.Peserta itu adalah Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Toh Seribijaya Lt. Kol(B) Dato` Shaharudin Bin Haji Nazari bersama Datin isteri beliau. 


Dengan kehadiran YDH Dato` telah menyuntik semangat baru kepada Zam AlBeruasi serta Tuan Hj. Halim Muhammad  untuk meneruskan misi mengumpul dan menyatukan kembali ALUMNI SMRS/SMKRS.

Ucapan Bernas oleh OBJ Dato`

Majlis berjalan lancar dikemudikan oleh Pengacara Majlis terkenal EMCEE Perak yang  juga tersohor di Asia Tenggara juga merupakan ALUMNI SMRS , Mr. KT Pillai.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengurusi Majlis,Tuan Haji Abd Halim B Muhammad, disusuli katakata aluan oleh OBJ Hulu Perak. 

Majlis seterusnya ialah saling memperkenalkan diri kepada yang hadir di sebabkan ramai yang telah terputus hubungan hampir 30 tahun lebih dan ada yang tidak mengenali di antara satu dengan lain.  

Kemudian, para hadirin menjamu selera dengan juadah minum petang sambil beramah mesra, berkaraoke dan berfotografi . 
Penyampaian cenderahati untuk Ahli Jawatan Kuasa Majlis serta cabutan bertuah oleh Pengerusi Majlis dan OBJ Dato`.


Menjamu Selera ( maaf bangunan senget lak ..)


Cabutan Bertuah
Di Antara AJK yang di anugerahkan cenderahati tajaan Mr. Leong Kuan Yew


Terpisah hampir 35 tahun


Meraikan Hari Lahir beberapa orang ALUMNI dengan Kek Straberi S.Resepi Sponsor dari Puan Kasmawati Joned
Kumpulan Selendang Perak Tajaan OBJ

Majlis disudahi dengan sesi bergambar beramai-ramai,walaupun ada yang terpaksa beredar dahulu, atas sebab sebab peribadi. 

Bagaimana pun kebanyakan peserta menetap di Ipoh, ada juga yang dari Sungai Petani, Pulau Pinang, Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar ,Beruas, Bota, Ayer Tawar, Seri Manjung,Teluk Intan, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan juga dari Termeloh,Pahang.

GROUP PHOTO
 Satu perhimpunan yang menjadi sejarah, Ingatan yang terpahat di hati sehingga akhir hayat dan andai ada rezeki, misi menubuhkan Persatuan ALUMNI SMKRS akan tercapai dengan Izin Allah...aamiin..

THE BEGINNING.....to be continued





     *** Nukilan Vice President ARASH...The Famous Fabolous Glamorous Zam-AlBeruasi
                      

Tuesday 5 May 2015

HARI ANUGERAH CEMERLANG

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH.....ARASH....MAKING MILESTONES



YDH OBJ Dato` Shaharudin, Pengetua SMKRS Tuan Roshidi Ramli , YDP PIBG En Sofian Kamarudin Bersama AJK dan AHLI cemerlang sesi 2013-2015 ARASH



















                ALHAMDULILLAH...ARASH mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMKRS dan Guru-guru serta kakitangan sekolah yang memberi kesempatan kepada Persatuan untuk mengadakan Upacara Watikah Perlantikan Penaung ARASH kepada YDH Toh Seribijaya Lt.Kol(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari Orang Besar Jajahan Hulu Perak. Kepada Dato' juga ,kami seluruh Warga Arash merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Ucapan terima kasih tidak terhingga kerana sudi menerima "Lamaran" kami. Kami Warga ARASH juga akan berjanji untuk bekerja Keras bagi memartabatkan SMKRS dan sama-sama menjaga Nama Baik Dato' . Semoga Dato' sekeluarga di kurniakan kesihatan serta di murahkan rezeki yang berpanjangan..insyaAllah





Penyampaian Watikah Perlantikan Penaung ARASH Dari Tuan Presiden ARASH Tn. Hj Abdul Halim Muhammad kepada YDH Toh Seribijaya Lt.Kol (B) Dato` Shaharudin Bin Hj. Nazari , Orang Besar Jajahan Hulu Perak di saksikan oleh Pengetua SMKRS Tn Hj. Ahmad Roshidi bin Ramley serta seisi Dewan Utama SMKRS