"Semoga Segala Usaha Akan Membuahkan Hasil Dan Pulangan Kepada Semua..InsyaAllah..Aamiin

Tuesday 24 February 2015

MESYUARAT AJK ARASH YANG PERTAMA

                   ARASH melakar satu lagi sejarah dan selangkah lagi kehadapan dengan berlangsung nya Mesyuarat pertama Pada 20 dan 21 Febuari 2015 berlangsung di BEST WESTERN Marina Island Resort Teluk Muroh Lumut.
BARISAN AJK YANG HADIR

Standing Left : Tn Rosli Yacop 84` , Zam Al Beruasi ( 79` - Vice Presiden ) , Tn Hj. Abd Halim ( 75` Presiden ), Tn. Abd Karim ( 95` ),  Tn Mohd Nazri ( 79` ) , Sitting Left : Pn Ramlah@Suriram ( 80` - Secretary ),  Pn Norhayati ( 84` - Treasurer ) , Pn Latifah Talib @ Effa Rizal ( 84`) , Pn Noraini ( 87` )  .  Tiada dalam Gambar : Pn Salmah
                
                   Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Presiden ARASH Tuan Hj. Abd. Halim Bin Hj Muhammad berjalan lancar. Di hari pertama En Rosli mengulas Slide Presentation yang berkisar kepada Kelemahan VS Kekuatan ARASH dalam membentuk Visi dan Misi seiring dengan Sekolah.


MESYUARAT DI HARI PERTAMA

                  Mesyuarat semakin menarik apabila AJK berdebat, berbincang dan memberi pandangan masing-masing dan berkongsi pengalaman serta pandangan yang amat bernas

ICE BREAKING

           Perbincangan masih di teruskan sehingga ke meja makan.......di iringi hilai tawa dan gurau senda yang menggambarkan betapa erat nya setiap AJK dalam mencapai impian ARASH yang sekian lama baru tertubuh untuk SMK Raja Shahriman

\
MAKAN SAMBIL BERBINCANG DAN BERGURAU SENDA

                    Di hari kedua mesyuarat, sekali lagi AJK berbincang secara ilmiah dan serius bagi mendapat kata sepakat dan konklusi yang mantap bagi melicinkan lagi "PERJALANAN" ARASH . Walau pun ini pengalaman baru bagi sesetengah AJK, namun setiap pandangan dan cadangan serta komen menampakkan kematangan dan kesungguhan untuk mencapai kata sepakat akan program-program yang membabitkan setiap "batches" yang sering berinteraksi, membantu sekolah dari masa ke masa.

BRAIN  STORMING

SESI  PERBAHASAN ANTARA AJK
Mesyuarat berakhir pada 21 Hb Februari 2015 setelah kata sepakat di putuskandan garis panduan telah di tetapkann. Tiba saat untuk berpisah setelah dua hari barkampung di BEST WESTERN Marina Island Resort . Masing-masing pulang ke destinasi masing-masing dengan membawa semangat dan garis panduan yang baru dengan harapan segala impian akan tercapai .

Perpisahan di akhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan yang indah sewaktu bersama melakar sejarah " TOGETHER MAKE THE DIFFERENCE " to SEKOLAH MENENGAH RAJA SHAHRIMAN Khas nya dan penduduk BERUAS Am nya. Semoga usaha murni di berkati oleh Allah SWT - Aammin


SEMOGA USAHA MURNI KALIAN DI BERKATI ALLAH..Aamiin

CONGRATULATION AJK..!!! Jasa Anda Di Kenang


Mr President with " Man of the Match"
Mrs Secretary with New AJK Effa Rizal
AMBOI..! AMBOI..! AMBOI..!


ARASH BIG BOSS :  Saya mengambil kesempatan ini untuk menghisap paip yang tak bernyala ...